Bengkel Penulisan Tesis - Chapter 2 - Align RORQ dan Literature Review
Tarikh: 25/01/2026
Chapter: Chapter 2: Literature Review
Sub Categories: Research Problem/Problem Statement, Chapter 2: Literature Review
Research Tools: Chat GPT, Matrix Analysis in Excel
Penerangan Bengkel
Bengkel Penulisan Tesis – Chapter 2: Align RO, RQ dan Literature Review direka khusus untuk membantu pelajar MBA dan PhD mengatasi masalah paling kritikal dalam penulisan tesis: ketidakselarasan antara objektif kajian (RO), persoalan kajian (RQ) dan Literature Review. Kebanyakan tesis diminta rewrite bukan kerana topik lemah, tetapi kerana LR ditulis secara deskriptif tanpa menyokong RO dan RQ secara jelas.
Melalui bengkel ini, peserta akan memahami cara membina Literature Review yang berfungsi sebagai justifikasi akademik, bukan sekadar ringkasan artikel. Peserta akan dipandu langkah demi langkah untuk mengenal pasti tema, membina sintesis literatur, dan memastikan setiap RO dan RQ disokong oleh bukti teori dan kajian lepas. Hasilnya, tesis menjadi lebih fokus, berasas, dan mudah diterima oleh penyelia serta pemeriksa.
������ Rakaman
������ Slides
������ Bahan Promosi
Asian Research Malaysia (ARM)
